SELAMAT HARI RAYA

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, keluarga, sahabat handai, rakan-rakan IM & blogger, peminat & penyokong karya, mereka yang mengenali saya dan serata Malaya seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada…
Sempena hari yg mulia ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan kita… seperti korang, saya juga adalah manusia biasa yg takkan lari dari membuat kesilapan…
Kepada semua yg mengemail ucapan Selamat Hari Raya kepada saya, ribuan terima kasih saya ucapkan. Kepada kawan2 yang menjemput saya datang beraya tu, jika tiada aral melintang saya akan cuba penuhi jemputan korang, insyaallah!
Kepada yg akan pulang beraya di kampung, berhati-hati ketika memandu di jalan raya and don’t kill your brother!
Akhir kata semoga Aidilfitri kali ini akan memberi kita seribu makna dan diberkati hendaknya. Amin….

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...
0 Responses