PUSAT PERKHIDMATAN ILMU& KOMUNITI (PPIK)

OBJEKTIF :
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dibawah projek usp fasa kelima telah menarik taraf telecentre-telecentre seperti Pusat Internet Desa (PID) dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti ( PPIK).Pusat ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada seramai 1.7 juta orang menjelang akhir tahun 2010.

PPIK dengan sejajar visi kementerian untuk megubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat berteraskan ilmu,siri bengkel pembelajaran untuk pengurusan dapat dijalankan degan berkesan.Menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman.
Menyediakan latihan dan kemahiran ICT kepada masyarakat di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman (Celik IT).Melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif
Meningkatkan mutu hidup penduduk luar bandar Penyampaian maklumat dengan pantas.Bengkel pembelajaran ini dirancang untuk menemukan peserta bagi memastikan visi projek PPIK dikongsi bersama dan peranan masing-masing difahami dengan jelas.

MATLAMAT DASAR :
Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia (Wawasan 2020)
Menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan.

Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan
Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri ini.

Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.

PPIK, menerusi Kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.

Bagi merealisasikan matlamat ini,penyelia-penyelia serta ahli komuniti terelbih dahulu dibekalkan dengan latihan ict dalam usaha menjadikan PPIK sebagai pusat komuniti.Selain itu pihak kementerian juga mengamabil inisiatif untuk memberikan pengiktirafan persijilan antarabangsa kepada mereka selepas menjalani latih pusat bagi mengendalikan PPIK.



KINI PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI (PPIK) DI BUKA DI PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PANGKOR.DISINILAH PPIK MEMULAKAN AKTIVITI HARIAN MENGAJAR ILMU ICT KEPADA KOMUNITI PULAU PANGKOR.


WAKTU PERKHIDMATAN
Dibuka:Selasa - Sabtu
Masa:9.00 pagi- 5.00petang

Ditutup:Ahad,Isnin dan
Cuti Kelepasan Am

ALAMAT PPIK PULAU PANGKOR

PPIK PULAU PANGKOR,
Perpustakaan Awam Pulau Pangkor,
32300,Pulau Pangkor,Perak Darul Ridzuan.

0 Responses