PUSAT PERKHIDMATAN ILMU& KOMUNITI (PPIK)

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU& KOMUNITI

PENGENALAN PPIK

MATLAMAT PPIKSelari dengan namanya, iaitu Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti, matlamat jangka panjangnya adalah untuk menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan atau dengan kata lain disebut juga sebagai 'knowledge society' atau k-society.Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.PPIK, menerusi Kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.





OBJEKTIF KELAB PPIK


Memberikan platform untuk masyarakat setempat memberi sumbangan samada dari segi idea, tenaga atau material terhadap kesejahteraan PPIK (community engagement,training,perticipation,development,promotion & marketing and social entrepreneurship)Sebagai badan yang mempromosikan aktiviti-aktiviti PPIK kepada seluruh lapisan masyarakatMemotivasikan masyarakat supaya mendayaguna fasiliti PPIK bagi pembanggunan komunitiMeluaskan jangkauan perkhidmatan PPIK kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberikan impak positif kepada sosial,ekonomi dan alam sekitarMembantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosialSebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai bidang terutamanya ICT dan pembanggunan komunitiUntuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.



Ini adalah bangunan Perpustakaan Awam Pulau Pangkor dan disinilah tempat PPIK PULAU PANGKOR bertapak memulakan kerja harian mengajar ilmu ict untuk komuniti -komuniti di pulau pangkor ini.


WAKTU PERKHIDMATAN
Dibuka:Selasa - SabtuMasa:9.00pagi- 5.00petang
Ditutup:Ahad,Isnin dan Cuti Kelepasan Am

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU& KOMUNITI (PPIK)

OBJEKTIF :
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dibawah projek usp fasa kelima telah menarik taraf telecentre-telecentre seperti Pusat Internet Desa (PID) dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti ( PPIK).Pusat ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada seramai 1.7 juta orang menjelang akhir tahun 2010.

PPIK dengan sejajar visi kementerian untuk megubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat berteraskan ilmu,siri bengkel pembelajaran untuk pengurusan dapat dijalankan degan berkesan.Menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman.
Menyediakan latihan dan kemahiran ICT kepada masyarakat di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman (Celik IT).Melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif
Meningkatkan mutu hidup penduduk luar bandar Penyampaian maklumat dengan pantas.Bengkel pembelajaran ini dirancang untuk menemukan peserta bagi memastikan visi projek PPIK dikongsi bersama dan peranan masing-masing difahami dengan jelas.

MATLAMAT DASAR :
Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia (Wawasan 2020)
Menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan.

Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan
Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri ini.

Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.

PPIK, menerusi Kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.

Bagi merealisasikan matlamat ini,penyelia-penyelia serta ahli komuniti terelbih dahulu dibekalkan dengan latihan ict dalam usaha menjadikan PPIK sebagai pusat komuniti.Selain itu pihak kementerian juga mengamabil inisiatif untuk memberikan pengiktirafan persijilan antarabangsa kepada mereka selepas menjalani latih pusat bagi mengendalikan PPIK.



KINI PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI (PPIK) DI BUKA DI PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PANGKOR.DISINILAH PPIK MEMULAKAN AKTIVITI HARIAN MENGAJAR ILMU ICT KEPADA KOMUNITI PULAU PANGKOR.


WAKTU PERKHIDMATAN
Dibuka:Selasa - Sabtu
Masa:9.00 pagi- 5.00petang

Ditutup:Ahad,Isnin dan
Cuti Kelepasan Am

ALAMAT PPIK PULAU PANGKOR

PPIK PULAU PANGKOR,
Perpustakaan Awam Pulau Pangkor,
32300,Pulau Pangkor,Perak Darul Ridzuan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI

.. Assalamualaikum....buat sahabat2 semua yg mengenali kami disini saya ingin mengucap kan Selamat Hari Raya haji dan saya juga ingin meminta maaf sekaranya ada: TERkasar bahasa TERsilap bicara TERmarah yang tak kena TERtanya tak tentu hala TERsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana-mana TERpekik di telinga TERhantuk di kepala TERpinjam harta benda TERmoody tak semena-semena TERumpat bila-bila TERusik yg sengaja dan segala macam 'TER'lagi Maaf Zahir & Batin! ^_^

ihklas dari,
-mieralif-

sekitar pemandangan di Pulau Pangkor

INI ADALAH Sejarah Pulau Pangkor


Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.

Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.

Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.

Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.







KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.




Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.

Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.

Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”

Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’.

Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.

Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.

Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.

“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.

“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.

“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”

Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.

Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.
Laman Utama > Lawatan & Aktiviti
Terus ke DIREKTORI Hotel & Chalet


--------------------------------------------------------------------------------
KEMUDAHAN
LAWATAN & AKTIVITI DI PULAU PANGKOR



Kaki pancing? Atau lebih cenderung kepada yang lebih mencabar - seperti menyelam (scuba diving)? Atau mahu memenuhi percutian anda dengan acara-acara lawatan di Pulau Pangkor. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan lawatan, trip memancing, menyelam atau pukat tarik yang meriangkan.



Jelajah Pulau Pangkor / Pangkor Island Tour
Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur, termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.



Trip memancing / Fishing Trip
Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!

Trip Menyelam / Scuba Trip
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.




Pukat Tarik / Fish netting
Aktiviti unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga.

Watersport
Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling, boat trip, dsb.

Outdoor
Selain sukan laut, Pulau Pangkor juga cukup ideal bagi penggemar sukan lasak seperti jungle trekking, abseiling, flying fox dan ekspedisi berbasikal.

poster ppik pulau pangkor

KINI PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI (PPIK) DI BUKA DI PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PANGKOR




  • OBJEKTIF PUSAT PERKHIDMATAN ILMU
    KOMUNITI INI ADALAH UNTUK MENDEDAHKAN
    KEMAHIRAN KOMPUTER KEPADA KOMUNITI.
    DENGAN ADA PERKHIDMATAN INI BOLEH MERAPATKAN
    JURANG DIGITAL DAN DAPAT BELAJAR DALAM DUNIA ICT
    DENGAN LEBIH BAIK.
    PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI
    PUSAT INI BOLEH DISERTAI KOMUNITI YANG
    BERUMUR 12 TAHUN KEATAS SAHAJA.
    PERKHIDMATAN MENGAJAR INI ADALAH
    PERCUMA.

SKOP ILMU :-

  • PENGENALAN KEPADA KOMPUTER PERIBADI
    PENGENALAN KEPADA INTERNET
    PENGENALAN KEPADA KOMPUTER PERIBADI
  • PENGENALAN KEPADA INTERNET
  • AC YAHOO ATAU GOOGLE
    PENGENALAN KEPADA MS WORD
  • PENGENALANKEPADA MS EXCEL
    PENGENALAN MS POWERPOINT
  • PENGENALAN MOVIE MAKER
    PENGENALAN MS PAINT
    INTERNET LANJUTAN
    MELAYARI E-GOVERNMENT
    MELAYARI E-COMMERCE
    MELAYARI E-LEARNING

MARILAH SINGGAH UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

HARI:- SELASA-SABTU
WAKTU:-9.00AM-12.00AM
2.30PM-5.00PM

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI(PPIK)
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PANGKOR,
32300,PULAU PANGKOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Yang berminat sila hubungi sekarang:-
NO TEL: 05-6852590
NO.HP: 0125751394
(ZANAUMIRA BT SHAFIE)

SEJARAH PULAU PANGKOR

PETA PULAU PANGKOR


Terdapat Dua Versi Asal Usul Nama Pulau Pangkor
Versi pertama

Pada zaman dahulu pedagang-pedagang tongsan dari negara cina telah belayar ke serata dunia dan salah satu tempat yang disinggahi ialah Pulau Pangkor. Semasa mereka belayar ,mereka membawa bersama isteri dan anak-anak. Dengan cara tersebut mereka boleh belayar dalam jangka masa panjang.
Semasa pelayaran ke Pulau Pangkor,ribut dan ombak besar telah melanda pulau pangkor.lalu tiang layar yang dipanggil “PANG” telah patah dan sebutan “KOR”yang bermaksud patah adalah dalam bahasa cina. Apabila perkataan tersebut sering disebut.maka sepakat menamakan pulau tersebut Pangkor sempena kejadian tersebut.


VERSI KEDUA
Pada zaman dahulu Pulau pangkor tidak mempunyai penghuni,hanya pedagang yang datang singgah untuk berehat. Pulau ini digunakan sebagai “tempat percutian Di raja”sejak lama dahulu. Raja-raja dan pembesar yang belajar di Selat Melaka sering singgah di pulau ini untuk beristirehat. Oleh itu,pulau ini dahulu dipanggil “Pulau Singgah”.
Sultan Perak tertarik dengan keindahan pulau ini sehingga baginda membina sebuah istana disitu.Istana itu di panggil Istana Hinggap. Setahun sekali baginda berkunjungke istana tersebut. Pada masa itu,tiada orang menetap di Pulau Singgah. Namun lama-kelamaan tergeraklah hati beberapa penduduk persisiran pantai untuk berkampung di pulau tersebut.
Orang yang mula-mula berpindah ke situ ialah Pak Pangkor dan keluarganya.dia berasal dari Pantai Remis. Kehidupan di sini amat susah dan Pak Pangkor terpaksa berusaha untuk hidup. Mereka sekeluarga telah sepakat untuk berpindah ke Pulau Singgah.
Pak Pangkor mendirikan pondok kecil untuk mereka bertiga berlindung dan bermalam. Keesokkan harinya dia berjalan-jalan meninjau di sekitar pulau mencari tapak untuk mendirikan pondok yang lebih baik.akhirnya Pak Pangkor menjumpai suatu tempat bermata air lantas terpikat dan mendirikan pondoknya di situ.
Setiap hari mereka mengembleng tenaga untk membersihkan kawasan hutan yang berhampiran pondok mereka. Apabila hutan telah dibersihkan mereka mula menanam ubi kayu,pisang,jagung serta pokok buah-buahan..tanah di situ subur dan tanaman menjadi.
Pada suatu hari.Sultan Perak dan rombongan singgah di pulau itu. Pada mulanya rombongan Diraja tidak menyedari bahawa pulau itu sudah ada penghuni. Ketika rombongan sultan pergi berburu , seorang pembesar telahterpandang akan kebun Pak Pangkor dan beliau segera memberitahu rakan-rakannya.
Mereka amat terkejut kerana pada kunjungan yang lalu,tiada penduduk di pulau ini dan mereka memaklumkan kepada baginda sultan. Pak Pangkor telah dijemput untuk menghadap sultan. Pak pangkor telah membawa hasil tanamannya untuk dipersembahkan kepada sultan. Selepas peristiwa itu ramai ornag dari tanah besar mula berpindah ke situ. Mereka menamai kampung yang baru berkembang ini dengan nama Pangkor sempena nama orang yang mula-mula menerokanya.
Pak Pangkor mempunyai seorang anak lelaki bernama Awang yang gagah perkasa dan amat disenangi oleh penduduk kampung keran sifatnya yang peramah dan suka menolong orang.
Pada suatu ketika, Sultan dan rombongan baginda sekali lagi belayar ke Kampung Pangkor, dalam pelayaran itu kapal baginda telah dipukul ribut. Keadaan sangat mencemaskan,laut bergelora,langit dicakar petir dan hujan turun mencurah-curah. Mereka amat ketakutan dan berusaha keras menyelamatkan kapal daripada tenggelam.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,mereka mebuang barang-barang ke laut. Semasa Sultan hendak membuang sebuah peti,tengkolok baginda baginda telah tertanggal dan terjatuh ke dalam laut. Tengkolok yang bertatah emas itu merupakan lambang kuasa dan kebesaran negeri tidak sempat disambar.Setelah sekian lama barulah ribut berhenti.Air laut kembali tenang.Sultan dan anak-anak kapal gembira kerana semuanya telah selamat.Namun baginda amat bersedih keran tengkoloknya telah jatuh ke dalam laut.
Rombongan Diraja meneruskan perjalanan ke Kampung Pangkor. Mereka keluar beramai-ramai menyambut ketibaan baginda. Namun meraka berasa hairan kerana anak-anak kapal semuanya kelihatan letih.Setelah diberitahu bahawa kapal Sultan dipukul ribut kencang dan Sultan selamat,penduduk kampung bergotong-royong memperbaiki kapal baginda yang rosak.pada malam itu Sultan dan rakyatnya berkumpul,lalu baginda bertitah kepada sesiapa yang mendapat atau menemui tengkolok diraja, akan diberi hadiah yang lumayan dan dilantik sebagai pembesar daerah.
Ramailah yang cuba mencari tengkolok tersebut termasuklah Awang anak Pak Pangkor. Namun ,tiada yang berjaya. Pada suatu hari baginda bermimpi bahawa tengkolok itu sedang dijaga oleh seekor naga berkepala tujuh.Awang juga bermimpi yang sama seperti baginda.
Awang yakin bahawa mimpinya itu benar. Dia segera menempah pedang bermata tujuh dan membuat persiapan untuk mencari tengkolok tersebut. Orang kampung berasa hairan melihat pedang Awang yang ganjil itu.
Keesokkannya baginda memberitahu orang ramai tentang mimpi baginda. Rakyat yang mendengar cerita itu telah berputus asa dan tiada sesiapa yang berni berhadapan dengan naga itu.apabila mengetahui hal sedemikian,baginda segera mengeluarkan tawaran baru. Baginda akan mengahwinkan puteri baginda kepada yang berjaya mengembalikan tengkolok tersebut.
Semangat Awang membara apabila mendengar tawaran sultan. Setelah selesai semua persiapan,Awang menaiki perahunya menuju ke tempat kapal baginda dipukul ribut. Apabila tiab,Awang terus terjun ke laut.
Di dasar laut Awang menjumpai sebuah gua yang besar dan Awang terjumpa seekor naga berkepala tujuh dan dapat melihat tengkolok sultan disisi naga itu. Awang bersembunyi disebalik batu sambil mencari akal untuk mendekati naga itu. Apabila naga menjulurkan salah satu kepalanya dengan pantas Awang nenetak kepala naga itu. Kepala naga itu putus dan darah memancut dengan banyaknya sehingga air laut dalam gua itu bertukar menjadi merah.
Hari itu Awang hanya dapat memotong satu kepala saja.Keesokkannya,Awang pergi ke gua itu lagi mengulangi usahanya. Kali ini Awang menggunakan mata pedangnya yang kedua dan begitulah dilakukannya pada setiap hari. Menjelang hari ketujuh,setelah Awang berjaya membunuh naga berkepala tujuh itu dia mengambil tengkolok raja dan membawanya ke istana.
Awang disambut sebagai seorang pahlawan oleh rakyat jelata. Sultan juga sangat gembira dengan keberanian Awang. Sultan telah menunaikan janjinya dan Awang dilantik menjadi pembesar negeri dan mengahwinkan puteri baginda dengan Awang. Tidak lama kemudian Awang diberi gelaran Datuk Maharaja Awang Pangkor. Dia dihadiahi tanah yang luas,iaitu keseluruhan Pulau singgah termasuk Kampung Pangkor dan untuk mengenang bakti Awang,Pulau Singgah ditukar namanya kepada Pulau Pangkor.





Jumlah Penduduk

bangsa bilangan
melayu :6503
cina :9124
india :665
jumlah keseluruhan:16929


peratus pekerjaan


bil jenis peratus
1. nelayan 50
2.kakitangan kerajaan 30
3.peniaga 15
4.lain-lain 5

Sumber diperolehi dari Balai Polis Pulau pangkor.


SEJARAH PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Awam Pulau Pangkor telah dibuka kepada orang ramai pada 2 Januari 2001 . Tapak asalnya ialah tanah bersebelahan rumah Penghulu Pulau Pangkor dan telah dipersetujui sebuah bangunan perpustakaan awam akan dibina di tapak ini. Bangunan ini telah dibina dua tingkat dengan keluasannya 100 x 100 kaki persegi. Dua orang kakitangan ditugaskan mengendalikan perpustakaan ini.
Bangunan perpustakaan ini belum dirasmikan lagi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah koleksi buku-buku pinjaman dan rujukan untuk dewasa dan kanak-kanak. Majalah dan surat khabar juga disediakan untuk tatapan pengguna.Perpustakaan ini juga ada menyediakan perkhidmatan komputer dengan kemudahan internet untuk pengunjung yang datang.
Pada masa ini jumlah koleksi yang terkumpul di Perpustakaan Awam Pulau Pangkor ialah sembanyak 7735. Pada awal pembukaannya koleksi hanya 2541 sahaja.
Waktu perkhidmatan perpustakaan ialah:

Isnin : ( tutup )
Selasa – Sabtu : ( 9.30 pg – 5.00 ptg )
Ahad : ( 9.00 pg – 1.00 ptg )

ASAL USUL
NAMA TEMPAT

TELUK NIPAH

Teluk Nipah terletak di tepian pantai dengan pasir memutih dan landai. Kawasan ini yang dulunya berteluk dan sungainya dipenuhi dengan pokok nipah. Akhirnya kawasan tersebut diberi nama teluk Nipah.

PASIR BOGAK
Pasir bogak juga terletak di tepian pantai menjadi tumpuan pelancong untuk berkelah. Kawasan ini dulunya dipenuhi pokok bogak. Akhirnya tempat ini diberi nama Pasir Bogak

TELUK RAJA BAYANG
Menjadi tempat persinggahan sebentar Raja Bayang ketika datang ke Pulau pangkor. Lalu temapt tersebut di panggil Teluk raja Bayang.

SUNGAI PINANG
Sungai yang dipenuhi dengan pokok pinang,akhirnya penduduk dikawasan tersebut sepakat meletakkan nama tempat tersebut Sungai Pinang.

TOKOH-TOKOH TEMPATAN

Y.B. DATO’ Dr. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR DPMP,AMS.

TARIKH LAHIR : 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR : Pulau Pangkor, Perak,Malaysia
ALAMAT RUMAH : No. 3, Jalan Towers, 30350 Ipoh
ALAMAT PEJABAT : Aras G, Bangunan Perak Darul
Ridzuan, Jalan Panglima Bukit
Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
No. Tel : 05-2411537
No. Fax : 05-2547990
KELUARGA Isteri; Datin Saripah bt. Zulkifli
Anak :Husna Zambry,Huda Zambry,Syifa Zambry,
Munir Zambry,Mukhlis Zambry
JAWATAN SEKARANG ;Ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri Perak.
(Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sumber Manusia dan
teknologi Maklumat)
KELULUSAN AKADEMI : Ph.D (Pemikiran Politik)Temple Universiti, Amerika Syarikat(1995)
Cemerlang (Distinction)Pengkhususan : Politik Kontemporari,
MA,Temple Universiti, Amerika Syarikat(1992)
Pengkhususan : Falsafah politik dan Perbandingan Agama ,
MA ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam
B. Econs (Kepujian)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM 1987)
Pengkhususan : Ekonomi,Ekonomi Pembangunan,Ekonomi
Antarabangsa
BIDANG KEPAKARAN : AKADEMI
Ekonomi Politik, Pemikiran Politik, Politik Kontemporari Asia Tenggara,pemikiran Politik Malaysia, Politik Islam, Pentadbiran, Mengurus Universiti pusat pemikir, Pakar Runding: Politik, Organisasi Politik, Penyelidikan Politik.

ANUGERAH : Anugerah Kepujian (Ph.D)1995
Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIA (1987)
Anugerah Kebangsaan (Johan)
Pertandingan Penulisan Akademik (1987)
Anugerah Kebangsaan (Johan)
Penulisan Agama (1986)
Anugerah Kebangsaan (Kedua)
Penulisan Esei (1982)
Anugerah Negeri (Johan)
Penulisan Esei Hari Kebangsaan (1982)

ANUGERAH KEBESARAN : D.P.M.P (Perak),AMS (Selangor)

PROFIL PULAU PANGKOR

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Pertama sekali Selamat datang ke laman Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Pulau Pangkor(PPIK).

Dengan adanya laman web ini dapat memperkenalkan lagi ppik Pulau Pangkor ini sebagai perapat jurang digital di masa ini.Ppik ini adalah usaha untuk menyedarkan komuniti tentang betapa pentingnya ilmu komputer dalam kehidupan yang seiring dengan negara yang kian membangun ini.

Disamping itu laman ini juga mampu memperkenalkan Pulau Pangkor serta membantu memberikan informasi tentang aktivi yang dijalankan seta kawasan yang menarik di Pulau Pangkor.

Diharap pengunjung laman ini dapat memperolehi sedikit maklumat dan dapat membantu menyampaikan juga info ini.

pandangan dan komen daripada anda semua sangat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.


Maklumat Penyelia




MAKLUMAT PENYELIA

NAMA PPIK :PPIK PULAU PANGKOR
NAMA PENYELIA :ZANAUMIRA BINTI SHAFIE
NO.TELEFON :
ALAMAT PPIK :PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PANGKOR,JALAN PASIR BOGAK,32300,
PERAK DARUL RIDZUAN.
NO.TELEFON PPIK :012-5751394
EMAIL :az_amiera86@yahoo.com
YM :az_amiera86@yahoo.com
ALAMAT BLOG PPIK: http://ppikpulaupangkor.blogspot.com



AJK PPIK

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA SESI 2008/2009 PUSAT PERKEMBANGAN ILMU DAN KOMUNITI (PPIK)PULAU PANGKOR

PENAUNG:HAJI MARZUKI BIN HAJI IBRAHIM
(PENGHULU PULAU PANGKOR)

PENGERUSI: UST ZULKIFLI BIN ABDUL HADI
(GURU SEK.REN.KEB PULAU PANGKOR)

NAIB PENGERUSI:PN.ROBIAH BINTI MOHD SOM
(SURI RUMAH)

SETIAUSAHA:ZANAUMIRA BINTI SHAFIE
(PENYELIA PPIK PULAU PANGKOR)

BENDAHARI:SHAHARUDIN BIN SHAARI
(KETUA KAMPUNG TELUK DALAM PANGKOR)

AHLI JAWATANKUASA :AZAHAR BIN MOHD YUSUF
(KETUA KAMPUNG SUNGAI PINANG BESAR PANGKOR)

:HUSSIN BIN SHAARI
(KETUA KAMPUNG TELUK RAJA BAYANG)

:HAJI MANSOR BIN ABDULLAH
(KETUA KAMPUNG TELUK KECIL/GEDUNG PANGKOR)

:NURRIZAH BINTI WASINGON
(GURU SEK HWA LIAN PANGKOR

:ROHANI BINTI OSMAN
PEMBANTU PERPUSTAKAAN PULAU PANGKOR)

:NUR FAIZATUL AIN BINTI ABDULLAH
(PEMBANTU AM PEJABAT PERPUSTAKAAN)

:JURAIDAH BINTI MOHAMED ISA
(PEMBANTU AM PEJABAT SEK.MEN PANGKOR)

:NOOR AKILA BINTI MOHD AKHIRI
(PEMBANTU MAKMAL SEK.MEN PANGKOR)

selamat datang ke ppik pulau pangkor..

SELAMAT DATANG KE PPIK PULAU PANGKOR...

SELAMAT HARI RAYA

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, keluarga, sahabat handai, rakan-rakan IM & blogger, peminat & penyokong karya, mereka yang mengenali saya dan serata Malaya seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada…
Sempena hari yg mulia ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan kita… seperti korang, saya juga adalah manusia biasa yg takkan lari dari membuat kesilapan…
Kepada semua yg mengemail ucapan Selamat Hari Raya kepada saya, ribuan terima kasih saya ucapkan. Kepada kawan2 yang menjemput saya datang beraya tu, jika tiada aral melintang saya akan cuba penuhi jemputan korang, insyaallah!
Kepada yg akan pulang beraya di kampung, berhati-hati ketika memandu di jalan raya and don’t kill your brother!
Akhir kata semoga Aidilfitri kali ini akan memberi kita seribu makna dan diberkati hendaknya. Amin….

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...

Pemandangan & tempat bersejarah pangkor island