PROGRAM MESRA BERSAMA RAKYAT PANGKOR BERSAMA MB PERAK

Assalamualaikum semua, Alhamdullilah, sekali lagi kita berjumpa kat blog yang dah lama tak update ni.hehe...Ok hari ini di tempat saya ada PROGRAM MESRA RAKYAT PANGKOR BERSAMA MENTERI BESAR PERAK..yang mana saya sendiri telah hadiri acara tersebut. FUUYOOO Hapenning Giler Beb...
Ramai penduduk Pulau Pangkor yang meghadirinya.Pelbagai aktiviti yang diadakan di Program ini seperti bagi murid-murid pra sekolah mengadakan pertandingan untuk mewarna,melukis..dll lagi.Bagi yang untuk belia pula aktiviti tarik tali,memasak,menjahit sulam..dan terdapat juga pameran anti dadah,pameran dan taklimat dari UTM,dan yang untuk belum mendaftar SPR juga ada di pameran tadi..termasuklah saya jugak mendaftarlah tadi.hehe.. klinik kesihatan pulak ada membuat pemeriksaan seperti darah tinggi,berat,ketinggian,periksa jenis darah,dan pada hari ini yang dimana semua rakyat pangkor bolehlah periksa kesihatan masing-masing dengan percuma.
Program ini memang patut diadakan selalu bukan apa, Untuk mengenang kembali atau memupuk sikap Bekerjasama, Hormat menghormati dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita yang mana generasi sekarang ini Bukan semua generasi sekarang ni cam tu tapi kita lah yang patut membimbing mereka kearah pembentukan moral yang sempurna, bukan salahkan mereka. Bak kata pepatah BADAN IKUT KEPALA jadi binasa..











0 Responses